Harga Postage Poslaju di Malaysia

Berapakah harga postage poslaju dan berapakah harga pos barang mengikut berat bungkusan? Pasti kedua-dua perkara ini yang berlegar-legar di minda tatkala anda ingin membuat pengeposan tak kiralah untuk tujuan bisnes atau peribadi, lebih-lebih lagi kalau anda baru sahaja berjinak-jinak dalam dunia perniagaan online. Jadi, macam mana nak tahu harga postage poslaju?

Harga postage pos laju ni senang sahaja untuk anda ketahui sebab dalam website Poslaju juga sudah tertera cara untuk membuat perkiraan. Walaubagaimanapun, ada cara lebih mudah bukan sahaja untuk anda ketahui harga postage poslaju, malah setiap langkah dalam urusan anda membuat mengeposan bungkusan akan dipermudahkan dengan penggunaan service CollectCo

Memandangkan kenaikan pasaran e-Dagang yang didorong oleh penyebaran internet yang semakin meningkat melalui telefon pintar dan peningkatan bilangan belia kelas pertengahan yang menggunakan internet, permintaan penghantaran bungkusan lokal dan antarabangsa secara serentak semakin tinggi. Jadi, pemilihan jalan yang terbaik adalah wajar untuk dilakukan dalam mencari syarikat penghantaran yang paling efisien untuk urusan pengeposan bungkusan anda seperti CollectCo! 

Pos Malaysia Bekerjasama dengan CollectCo

harga postage poslaju

Kami amat teruja untuk memaklumkan kepada anda bahawa Pos Malaysia bekerjasama dengan ejen ekspres terbaik  – CollectCo yang merupakan syarikat yang telah menjadi peneraju rangkaian penghantaran dan pengumpulan bungkusan terpilih, memfokuskan kepada peniaga dan pelanggan e-dagang. Pelanggan e-dagang Pos Malaysia akan dapat manfaat daripada perkongsian strategik dengan CollectCo ini, yang mana akan memberikan mereka pusat pengumpulan dan penghantaran bungkusan baharu, membolehkan mereka mengambil atau menghantar pakej mereka di 1,255 cawangan rakan kongsi, termasuk kedai serbaneka, farmasi dan kedai alat tulis . Pengurusan Pos Malaysia international parcel juga menjadi jauh lebih mudah dengan kerjasama Pos Malaysia bersama CollectCo.

Apakah Yang Membuatkan CollectCo Premium Point Pilihan Terbaik Untuk Membuat Pengeposan?

Kebanyakan daripada anda mestilah mempunyai syarikat pengeposan kegemaran macam Poslaju, Ninja Van dan sebagainya. Namun, kadang kala anda perlu memandu jauh untuk membuat satu pengeposan sahaja hanya kerana cawangan syarikat pengeposan kegemaran anda tiada yang berdekatan dengan anda. Dengan CollectCo yang memiliki lebih daripada 800 cawangan di seluruh Malaysia, anda boleh menemukan salah satu cawangan CollectCo Premium berdekatan tempat tinggal anda dan yang paling mengujakan adalah anda masih dapat menggunakan syarikat pengeposan kegemaran anda seperti Poslaju dengan mengunjungi CollectCo Premium Point.

Courier Services

Antara kelebihan-kelebihan CollectCo Premium:

  • Mudah untuk digunakan

Sistem dan urusan pemprosesan CollectCo sangat mudah untuk dikendalikan berbanding pengeposan secara manual.

  • Menjimatkan masa

Urusan pengeposan diselesaikan kurang daripada 1 minit!

  • Mengutamakan keselesaan pengguna

Cawangan CollectCo Premium berada di mana-mana dan dibuka pada awal pagi sehingga lewat malam.

  • Bekerjasama dengan berbilang syarikat servis penghantaran

Pelanggan dan pengunjung CollectCo dapat memilih dan menggunakan servis penghantaran mengikut pilihan sendiri.

  • Selamat dan Terkawal

Hanya yang pekerja yang terlatih akan mengendalikan bungkusan pelanggan, disertakan dengan kawalan barang yang ketat.

Nah, anda dah tahu kemudahan yang bakal anda alami untuk membuat pengeposan barang tanpa perlu beratur panjang dan memandu jarak jauh. Sekarang kita beralih pula kepada anda yang memiliki sebuah kedai dan ingin menjana pendapatan yang lebih tanpa perlu melabur dengan nilai yang tinggi. Caranya sangat mudah iaitu dengan menjadi Poslaju agent. Kita lihat di bawah apakah kelebihan-kelebihannya dan cara-cara untuk menjadi Poslaju agent.

Apakah yang menjadikan kerjaya kurier ejen sebagai pilihan terbaik untuk menjana pendapatan sampingan di kedai anda? 

a) Sentiasa mengikuti perkembangan industri peruncitan

Semenjak pada tahun 2020, CollectCo dan Pos Malaysia memeterai kerjasama antara satu sama lain dengan hasrat untuk memenuhi permintaan pasaran e-dagang negara kita yang berkembang pesat serta menyediakan peluang kepada peruncit dan usahawan yang mapan untuk mencari sumber pendapatan alternatif yang memanfaatkan pertumbuhan industri eDagang. (Bernama, 2020)

b) Meningkatkan jualan kedai anda

Memandangkan anda akan menyediakan perkhidmatan bungkusan untuk pelanggan anda yang menjalankan kedai e-dagang mahupun untuk mereka menghantar bungkusan untuk tujuan peribadi mereka, kedai anda akan menjadi perhatian di kawasan anda! Contohnya, anda menjual aksesori haiwan kesayangan dan apabila pelanggan yang sedia ada atau pelanggan baharu datang ke kedai anda untuk menghantar bungkusan mereka, mereka akan tahu ke mana hendak pergi pada masa akan datang mereka ingin membeli aksesori haiwan kesayangan.

Dafter Sekarang

Mengapa anda perlu memilih CollectCo untuk menjadi ejen Pos Laju?

1. Permohonan adalah pantas dan mudah

Pendaftaran tanpa kerumitan dan pasukan CollectCo akan membimbing anda dengan gembira jika anda mengalami sebarang kesulitan.

2. CollectCo bekerjasama dengan syarikat-syarikat kurier servis ternama di Malaysia

Dengan CollectCo, anda bukan sahaja akan menjadi ejen Poslaju, tetapi anda akan dapat mengakses pelbagai pembekal perkhidmatan kurier yang pastinya akan memberi manfaat kepada pelanggan anda! Pelanggan-pelanggan anda akan mempunyai pilihan yang membolehkan mereka memilih perkhidmatan kurier yang mereka suka untuk menghantar bungkusan dengan mudah, bukan hanya terhad kepada Poslaju. Anda mesti tahu bahawa kepuasan dan kegembiraan pelanggan adalah keutamaan sekarang, bukan?

3. Pemprosesan e-parcel dipermudahkan dengan teknologi tinggi

Anda tidak perlu menjadi pakar digital untuk menikmati pemprosesan e-parsel yang lancar dan mudah.

4. Hanya memerlukan pelaburan dengan nilai yang minimum

Kedai sedia ada anda sudah memadai dan tiada pengubahsuaian diperlukan untuk menjadi ejen kurier Pos Laju melalui CollectCo.

5. Menerima sokongan untuk Pemasaran dan Jualan

CollectCo akan memastikan kedai anda akan berkembang dan terus maju. Jadi, anda tidak perlu risau kalau anda ketinggalan dalam industri peruncitan.

poslaju & collectco

Cara-cara untuk mendaftar sebagai ejen Pos Laju dengan CollectCo

Apabila anda mendaftar sebagai CollectCo Premium Point, anda bukan sahaja mempunyai akses kepada Poslaju tetapi 7 pembekal perkhidmatan kurier lain seperti City-link, ABX Express, EMS Malaysia, Aramex, Janio, SF Express dan Flash Express. Di bawah adalah langkah-langkah mudah untuk mendaftar kedai anda sebagai CollectCo Premium Point.

  1. Isikan borang dengan butiran anda.
  2. Seterusnya, anda perlu menunggu kelulusan yang akan mengambil masa 5 hingga 10 hari bekerja.
  3. Selesai! Kemudian anda dah bersedia untuk memulakan perjalanan kedai anda sebagai CollectCo Premium Point!

References

Bernama. (2020, February 28). Pos Malaysia seals partnership with CollectCo services. Retrieved from malaymail: https://www.malaymail.com/news/money/2020/02/28/pos-malaysia-seals-partnership-with-collectco-services/1841916

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *